Sunday, August 30, 2009

Persatuan Pemandu Teksi Ampang ( PETA )

Assalamu alaikum. Sekadar untuk mempelawa semua ahli ( peta ) ampang. Selamat Datang dalam Blog yang sederhana ini. Apalah salahnya dah tua-tua bangka begini, baru bermula nak celik IT. Dengan segala kerendahan hati Saya mempelawa semua Ahli ( PETA ) Ampang, Anggota Kutu Kampung Baru dan Semua Pemandu Teksi Lembah Kelang untuk mengikuti dan menjayakan Blog ini. Sila luahkan keseronokan, kejayaan dan masalah yang Anda hadapi sebagai Pemandu Teksi, mari bersama-sama kita berkongsi pendapat, maklumat dan apa sahaja yang dapat membuat kita gembira serta ceria sebagai Pemandu Teksi yang berhemah dan mematuhi segala Undang-undang yang sedia ada. Selamat memandu....selamat mencari rezeki halal...Terima Kasih. Semoga Allah melindungi kita semua, amin.